Isnin, 27 Mei 2013

hurm...

Assalamualaikum,
hai semua!sorrylah lambat update,sibuk memanjang je.lagipun sekarang aku dah jadi PEMBIMBING RAKAN SEBAYA!!

seronok tau.aku sayang sgt PRS.muah muah muah(gedik pulak).aku bertugas setiap hari Rabu.with my bestie,Dania Karmila.

sebenarnya,aku sekarang tgh dingin dgn sorang kawan aku ni.tp aku taknaklah sebut nama dia.takut memalukan dia.

aku tak taulah,mungkin bagi dia cara aku bergurau kasar,tu yang dia marah.aku pulak dah terbiasa ngan perangai SKTS aku ni.ialah,sepanjang aku sekolah rendah,memang aku ada usik yg melampau,tapi dorang tak kesah.tapi sekolah menengah lain pulak jadinya.so,aku cakap lah kat dia yang aku takkan kacau hidup dia lagi.

hmm...aku rasa sekolah menengah tak best.better sekolah rendah.I love SKTS forever!

dahlah.panjang pulak aku membebel.bye and assalamualaikum.

Rabu, 20 Februari 2013

jadual harian

assalamualaikum,

sekarang ni aku nk cite pasal jadual harian aku.

tunggu van -> sampai sekolah lepak kantin -> beratur -> masuk kelas -> belajar tiga masa pertama -> solat zohor -> rehat -> masuk kelas -> belajar -> solat asar -> belajar -> balik.

hari Rabu aku lain sikit.awal sikit aku dtf.naik.kereta ayah.pastu ddk atau buat kerja atau tolong cikgu.sampai bila aku tak tau sebab aku sekarang dlm proses Percubaan Pembimbing Rakan Sebaya (ada 40 orang dari form 1 hingga form 4).

oklah.bye.assalamualaikum...

Rabu, 6 Februari 2013

Pembimbing Rakan Sebaya interview

assalamualaikum...
firstly,hai...lama x bukak blog.yelah,asyik sibuk memanjang manalah sempat.dengan kerja rumah yg berlambak mcm gunung everest,gunung kinabalu,gunung himalaya yg bergabung.nak nangis je.okay,sorry sbb merepek sampai situ pulak

Aku ngan Iman Sofiea,pergilah interview PRS.masa tu ngan abang form 5.nama dia Abang Amar Alif.dia baik sgt ngan kitaorang.

Kitaorang gi pulak interview ngan cikgu.bukan senang nak terpilih.rupanya,yg tulis nama masa orientasi ke masa interview ngab senior tak silap aku,ada 180 orang.tp yg terpilih utk interview ngan cikgu 70 orang je.wow..maknanyer,PRS yg senior tu dh senanglah ngan kitaorang yg terpilih.

Oklah.aku nk tido ni.lain kali jelah aku cite.bye...assalamualaikum..

Selasa, 22 Januari 2013

Sekolah

assalamualaikum

Alhamdulillah.aku dah dapat biasakan diri dengan keadaan sekolah baru.

Tadi ada rombakan kelas.terkejut badak air,badak sumbu aku.dahlah cikgu panggil seorang demi seorang.syukur kepada Allah,aku masuk kelas 1 Gigih.kelas yang ke 4 daripada 15 buah kelas.

Ini sedikit information:

Setia
Kemahiran Al-Quran,Bahasa Arab,Perdagangan Dan Keusahawanan.

Murni,Kreatif,Gigih
Perdagangan Dan Keusahawanan.

Optimis,Bestari,Aktif,Ehsan,Tekun,Ilmu,Dedikasi,Restu,Unggul,Luhur,Harmoni
Ekonomi Rumah Tangga(Perempuan)
Kemahiran Teknikal(Lelaki)

Aku pulak daftar nama nk jadi Pembimbing Rakan Sebaya,Pengawas Pusat Sumber ngan ahli Permata.tapi yg PRS ngan PSS tgk tawaran mana yg dpt dulu.

Oklah.mesti dah bosan baca entri pasal ni.okaylah.bye.assalamualaikum.

Rabu, 9 Januari 2013

SMK Gombak Setia vs SK Taman Setia

assalamualaikum...

masuk hari ni,dh 6 hari aku sekolah kt SMK Gombak Setia.boleh tahanlah.tp aku still rindukan suasana dulu.suasana dulu,bila 6 Rubi,6 Geliga dan 6 Akik bergabung.riuh rendah mcm kt pasar borong.bising.perangai kebudak-budakan sentiasa berada di setiap kawasan.aku rindukan saat itu.saat mania yg tk dpt diulang,apa tah lagi melawati zaman itu.

tajuk hari ini SMKGS vs SKTS.bukan lawan apa,perbezaan antara SMKGS dan SKTS.ini yg telah aku perhatikan.

SMK GOMBAK SETIA
1)terlampau ramai pelajar
2)pelajar2 yg tk berapa peramah
3)senior sombong/gedik
4)sekolah yang besar
5)meja dan kerusi yang terhad(buat masa ni 1 Luhur)
6)tandas yg terhad
7)waktu solat yang terhad
8)guru tak ramai yang sporting
9)koperasi yg mmg 5 bintang
10)perpustakaan yg cantik
11)surau yang kecil
12)kantin yang kecil
dan byk lagi.

ini SKTS pulak

SK TAMAN SETIA
1)kuantiti pelajar yang sederhana
2)murid2 yang ramah dan lawak
3)semua anggap mcm adik beradik
4)sekolah kecil tetapi mencukupi
5)selalu mengamalkan solat dhuha
6)guru yang baik,lawak dan sporting
7)kedai buku yang semua ada
8)surau yang besar
9)kantin yang luas
dan byk lagi

aku bukan berat sebelah,mungkin aku baru first time,so aku tk biasa lagi.

oklah.nnti aku nk bgtau satu bende.tp bukan kt sini.bye assalamualaikum

Ahad, 6 Januari 2013

Pantun hasil 5 otak

SELOKA 6 RUBI

Assalamualaikum pembuka bicara,
selamat datang ke 6 Rubi,
20 puteri 17 putera,
murid didalam kelas kami.

Bahasa Melayu nombor satu baginya,
itulah dia ibunda kita,
kepala sama macam kita-kita,
kalau nak tau siapa,Pn Nora la dia.

Qayyum itulah ketua kelas kami,
kerjanya berat mengalahkan Perdana Menteri,
dibantu pula Fadhlin penolong kami,
nak kata rajin,lihatlah sendiri.

3 makhluk ini tercampak ke bumi,
Taufiq,Azrul dan Haiqal penyamaran diri,
nak kata handsome boleh pecah otak kami,
pergilah balik ke planet sendiri.

Aina dan Azwin sahabat sejati,
ke hulu ke hilir tak tau apa dicari,
mencari gosip menjadi wartawan tak bergaji,
ingatlah tujuan kita kemari.

Si Arif Azrin nerd orangnya,
kadang-kadang lagak macam dia ketua,
tetap macho pegangan hidupnya,
nak tau siapa,Amir lah orangnya.

Cool cat gelaran Hidayati,
walaupun cool tapi ganas selalu,
Chamaliea pula sentiasa kekal ayu,
sentiasa tersenyum petua awet cun.

Arif Anwari si hitam manis tinggi lampai,
hantu-hantu 6 Rubi adalah gengnya,
gelakkan orang kegemaran Fuad,
kene marah diam tak tahu.

Adzreen dan Izzat pendiam orangnya,
masa belajar semangatnya mereka,
bila tak tahu diam sahaja,
itulah dia hero kelas kita.

Azwin pula empunya diri,
otaknya bijak tak tahu nak diguna,
bila belajar seriusnya dia,
keluar result gempak sentiasa.

Perangainya nakal setiap masa,
kadang touching dan bad mood kerjanya,
selalu buat perempuan pening kepala,
namanya Taufiq playboy orangnya.

Amir dan Megat nama diberi,
duduk dibelakang buat kerja sendiri,
Nani dan Ras lain pula perangainya,
selalu bertangguh kerja yang diberi.

Qaisara,Wan dan Khairina heroin kelas kami,
kalau nak berkenalan datanglah kelas kami,
Putera dan Puteri selalu bermain mata,
kalau menjadi pasangan cocok sekali.

Kini giliran empunya diri,
Wan Atieqah dan Khairina Ashiqin teman sejati,
tandas pula destinasi kami,
Best Friend Forever menjadi slogan kami.

Walaupun perangai kami gila-gila,
macam penghuni hospital bahagia,
itulah dia murid-murid 6 Rubi,
kelas paling panas SK Taman Setia.

Sampai disini guraun kami,
harap anda tak kecl hati,
bukan niat untuk memerli,
hanya setakat penghibur hati.

Yang Benar,
(KHAIRINA ASHIQIN,WAN ATIEQAH,NUR SYAHZANANI,CHAMALIEA HANIM DAN NUR AZWIN)

rindu

assalamualaikum,

aku sekarang dalam mood rindu.rindu sape?mestilah rindu SKTS.aku rindu cikgu2,batch2 aku,kelas2 aku,bangunan sekolah,sampai makcik kantin,tukang cuci,pengawal ngan tukang kebun pun aku rindu...yelah,walaupun ramai yang satu sekolah ngan aku,tapi aku nak suasana dulu.kelas bersambung,buat bising dan segala-galanyer.

lagipun,kat kelas 1 Luhur,takde sorang pun batch 6 Rubi 2012.geliga ngan akik ramailah.nasib Iman Sofiea(6 Geliga)merangkap kawan baik aku duduk kat sebelah aku.

lagi satu,aku rindu Nur Afina ngan Nurul Amirah.dorang dua sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati(SMK Taman Melati/SMKTM)gosip tambahan,Taufiq ngan Afina satu sekolah.fewwitt...pasangan yg tak boleh dipisahkan.kepada Fina dan Taufiq,jangan marah.

cikgu yang paling aku rindu mestilah Cikgu Eddy Imran.dia yang banyak bagi kitaorang semangat untuk belajar.thank you cikgu!!!!ada masa aku nak lah lawat sekolah.

oklah.itu je.nanti aku share pantun berkerat-kerat hasil 5 otak yg nakal iaitu aku sebagai ketua,wan atieqah,nani,azwin dan chamaliea.hahaha..

bye,assalamualaikum